Soalan

Penderma

Adakah Cigku akan menerima 100% sumbangan daripada penderma?

Cikgu akan menerima 100% sumbangan daripada penderma. Kami menggunakan Webcash untuk memproses bayaran dan 2% GST akan dikenakan ke atas jumlah derma tersebut.

Adakah sumbangan / derma saya selamat?

Kesemua sumbangan / derma anda akan diproses menggunakan standard penyulitan industri Secure Socket Layer encryption atau SSL. Sila lawat laman rasmi Webcash untuk maklumat lanjut www.webcash.com.my

Bagaimana saya boleh mengetahui dengan lebih lanjut impak sumbangan / derma saya?

Selepas proses pengumpulan dana, sila ikuti updates di laman ‘Project’ Give.my atau ikuti media social kami di Facebook, Twitter, Instagram. Kami akan menghantar laporan kesan projek tersebut bersertakan bahan grafik untuk rujukan anda.

Bagaimana boleh kami semak jikalau sumbangan kami berjaya?

Anda akan menerima resit sumbangan menerusi e-mail dalam jangka masa 24 – 48 jam yang akan disertakan dengan ucapan terima kasih daripada pasukan kami.

Bagaimana jikalau projek yang saya sokong tidak dapat menjana sekurang-kurangnya sasaran 50% selepas tempoh pengumpulan dana?

Anda akan dimaklumkan menerusi e-mail untuk membuat 2 pilihan:

  • 1) Dana anda disalurkan ke projek lain yang dipilih oleh pasukan Give.my dengan syarat anda yang akan membuat pilihan muktamad.
  • 2) Anda boleh pilih bayaran-balik. Selepas transaksi telah dibuat, 2% bayaran yuran pemprosesan pintu masuk akan dikenakan.

Bagaimana boleh kami hubungi Cikgu-cikgu?

Anda boleh menghantar sebarang pertanyaan atau komen di laman Projek kami.

CIKGUS

Bagaimana boleh saya mohon untuk melancarkan projek?

Anda boleh isi borang di laman aplikasi projek. Pasukan Give.my akan menghubungi anda secepat mungkin apabila projek anda dipilih.

Ada masa terhad bagi tempoh pengumpulan dana?

Ya, setiap kitaran pengumpulan dana adalah 1 bulan.

Bagaimana jikalau projek yang saya tidak dapat menjana sekurang-kurangnya sasaran 50% selepas tempoh pengumpulan dana?

Penderma-penderma anda akan dimaklumkan menerusi e-mail untuk membuat 2 pilihan:

  • Dana mereka akan disalurkan ke projek lain yang dipilih oleh pasukan Give.my dengan syarat penderma-penderma yang akan membuat pilihan muktamad.
  • Penderma-penderma boleh pilih untuk menerima bayaran-balik. Selepas transaksi telah dibuat, 2% bayaran yuran pemprosesan pintu masuk akan dikenakan.

Adakah platform ini terhad kepada cikgu-cikgu sekolah awam sahaja?

Tidak. Permohonan untuk Give.my terbuka kepada cikgu-cikgu sekolah, fasilitator – fasilitator institusi dan sebagainya dengan syarat projek itu memberi manfaat kepada bidang pendidikan terutamanya kepada pelajar-pelajar.

Apakah syarat-syarat untuk saya mohon projek di Give.my?

Ya, projek anda mesti memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Projek tersebut mesti menyumbang terus pada pendidikan kanak-kanak
  • Jumlah sasaran dana mesti di sekitar RM5000 ke bawah melainkan anda ada potensi rangkaian pihak penaja yang kukuh
  • Projek anda mesti di jalankan dalam masa 6 bulan
  • Projek anda tidak bersifatkan perkauman atau politik

Bagaimana jika projek saya tidak mencapai sasaran dana? Adakah saya masih menerima dana tersebut?

Dana hanya akan dikirim ke projek yang mencapai sekurang – kurangnya 50% jumlah yang disasarkan. Jika projek gagal mencapai 100% dana yang disasarkan, anda akan disyorkan untuk mengatur-balik fokus atau mencari alternatif lain bagi menjana baki dana tersebut.

Bagaimana boleh saya mengutip dana yang telah dijanakan?

Pasukan Give.my akan mengirim dana anda dalam masa sebulan setelah anda mencapai sasaran dana projek anda

Rakan Kongsi

Saya ingin menyumbang pada bidang pendidikan. Bagaimana boleh kita bekerjasama?

Anda boleh menghubungi pasukan Give.my di give@tandemic.com. Kami akan kembali kepada anda secepat mungkin.

This is a unique website which will require a more modern browser to work!

Please upgrade today!